Aku belajar apakah itu hati dan perasaan iaitu perasaan sakit('hati), gembira, kasih sayang, sedih, marah... semua itu ada di hati bukannya difikiran(akal). Terima kasih kepada yang menyebabkan aku seperti ini, kerana jika kerana seseorang itu aku tidak pernah mengenal apa itu hati dan perasaan. Kita tidak akan tahu sakitnya hati orang, macammana rasa sakitnya hati orang kecuali kita sendiri merasainya.
“Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (QS. Al-Israa: 23-24)
Ketika sekolah lagi ustaz/cikgu telah mengajar kita, supaya jangan berkata ah kepada orang tua kita apabila mereka menyuruh sesuatu. Tidak bermakna tidak menyebut ah, kita telah terlepas daripada apa yang diperintah oleh Allah. Ada ayat sambungan daripada itu. "dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
Diam bukan jalan penyelesaian atau terlepas daripada apa yang diperintahkan dan bukannya jalan yang terbaik. Diam mempunyai kebaikan dan boleh bertukar kepada keburukan. Diam itu mempunyai hikmah dalam islam (boleh lihat 'hikmah diamkan diri). Diam dalam situasi ini bermakna 'tidak membantah' dan boleh juga 'tidak menghiraukan,' jadi kita boleh menilai sendiri kita dalam situasi yang mana. Bagaimanakah apabila kita menyatakan sesuati kepada seseorang tetapi tindak balasnya hanya mendiamkan diri (tidak menghiraukan).. pasti akan hati kita akan terguris bukan!!!
Begitu jugalah apabila seseorang itu mengatakan sesuatu perkara kepada kita, sebaiknya/seeloknya kita memberi penjelasan terlebih dahulu, barulah hanya mendiamkan diri (jika kita dipihak yang benar) lebih-lebih lagi jika bercakap kepada orang yang lebih tua, apatah lagi terhadap ibu bapa kita. Kita perlu ingat, dalam ayat tersebut menyatakan "...ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
Aku Mencintai Engkau Kerana Allah!!!
Engkau tidak tahu pun, kenapa aku cakap begitu, adakah engkau seorang yang kuat berpegang pada ajaran agama? engkau boleh menilainya sendiri.
Sudah semestinya apabila kita berkata "aku mencintai engkau kerana Allah", sudah terdetik dalam hati kita yang si dia adalah seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna, tidak membenarkan sesiapa pun yang bukan mahram melihat aurat si dia, si dia mempunyai pengetahuan ilmu agama yang tinggi, dia adalah ahli ibadat, pengamal bacaan Al-Quran dan kaya dengan akhlak.
Sedarlah wahai mawar yang kucintai, cintailah aku kerana kerana Allah kerana aku mencintaimu kerana Allah.
Semoga engkau menjadi sekuntum mawar...mawar yang berduri, walau kecantikanmu terserlah...biarkan hanya insan yang selayaknya dan halal bagimu untuk memegangmu,
Aku bukanlah insan sempurna untuk menjadikan engkau sempurna. Siapalah aku!, hanya lelaki biasa yang mempunyai ciri-ciri yang tidak sempurna tetapi berusaha menjadikan kehidupan yang sempurna dibawah naungan Allah.
Sedarlah wahai mawar yang kucintai. Benarkanlah aku dihatimu hanyalah sebagai insan untuk membimbingmu agar engkau tidak hanyut dengan keindahan dunia semata-mata yang tidak berpaksikan nilai-nilai agama.
Dengarkanlah kata-kataku, lekatkanlah teguran ku supaya iklas dihatimu. Walau sudah berkali-kali aku mengatakan hal yang sama agar engkau iklas menerima aku kerana Allah. Sekiranya apa yang diperkatakan aku hanyalah sekadar lakaran pensil yang bila-bila masa boleh dipadamkan. Sesungguhnya aku akan lepaskanmu sebagaimana yang engkau kehendaki.
Sesungguhnya takdir itu dalam pengetahuan Allah, kita hanyalah merancang dan sekiranya takdir itu adalah engkau, aku harap engkau mempunyai ciri-ciri wanita solehah.
Sesungguhnya aku mencintai engkau kerana Allah. Sekiranya aku gagal membimbing engkau waktu ini, sesungguhnya aku takut untuk gagal membimbingmu pada masa kelak dan aku takut dengan gelaran 'dayus'. Wahai si mawar, cintailah aku kerana Allah kerana sesungguhnya Aku Mencintai Engkau Kerana Allah dan sekiranya hilangnya cintamu kepadaku kerana Allah, maka hilanglah cintaku padamu kerana Allah
Engkau tidak tahu pun, kenapa aku cakap begitu, adakah engkau seorang yang kuat berpegang pada ajaran agama? engkau boleh menilainya sendiri.
Sudah semestinya apabila kita berkata "aku mencintai engkau kerana Allah", sudah terdetik dalam hati kita yang si dia adalah seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna, tidak membenarkan sesiapa pun yang bukan mahram melihat aurat si dia, si dia mempunyai pengetahuan ilmu agama yang tinggi, dia adalah ahli ibadat, pengamal bacaan Al-Quran dan kaya dengan akhlak.
Sedarlah wahai mawar yang kucintai, cintailah aku kerana kerana Allah kerana aku mencintaimu kerana Allah.
Semoga engkau menjadi sekuntum mawar...mawar yang berduri, walau kecantikanmu terserlah...biarkan hanya insan yang selayaknya dan halal bagimu untuk memegangmu,
Aku bukanlah insan sempurna untuk menjadikan engkau sempurna. Siapalah aku!, hanya lelaki biasa yang mempunyai ciri-ciri yang tidak sempurna tetapi berusaha menjadikan kehidupan yang sempurna dibawah naungan Allah.
Sedarlah wahai mawar yang kucintai. Benarkanlah aku dihatimu hanyalah sebagai insan untuk membimbingmu agar engkau tidak hanyut dengan keindahan dunia semata-mata yang tidak berpaksikan nilai-nilai agama.
Dengarkanlah kata-kataku, lekatkanlah teguran ku supaya iklas dihatimu. Walau sudah berkali-kali aku mengatakan hal yang sama agar engkau iklas menerima aku kerana Allah. Sekiranya apa yang diperkatakan aku hanyalah sekadar lakaran pensil yang bila-bila masa boleh dipadamkan. Sesungguhnya aku akan lepaskanmu sebagaimana yang engkau kehendaki.
Sesungguhnya takdir itu dalam pengetahuan Allah, kita hanyalah merancang dan sekiranya takdir itu adalah engkau, aku harap engkau mempunyai ciri-ciri wanita solehah.
Sesungguhnya aku mencintai engkau kerana Allah. Sekiranya aku gagal membimbing engkau waktu ini, sesungguhnya aku takut untuk gagal membimbingmu pada masa kelak dan aku takut dengan gelaran 'dayus'. Wahai si mawar, cintailah aku kerana Allah kerana sesungguhnya Aku Mencintai Engkau Kerana Allah dan sekiranya hilangnya cintamu kepadaku kerana Allah, maka hilanglah cintaku padamu kerana Allah
Sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah!!!
Adakah engkau juga mencintai aku kerana Allah?
mudah-mudahan itu yang sesungguhnya.
"Betul ke engkau mencintai aku kerana Allah?" "iya aku mencintai engkau kerana Allah"
"cuba engkau huraikan dengan lebih lanjut" ~"kerana Allah menemukan aku dengan kamu"
~"kerana kamu sangat baik terhadap aku dan sayang
terhadap aku"
"yelah" "urmmmm" :-(
Jika benar engkau mencintai aku kerana Allah, engkau akan menegur aku dikala aku lalai,
Jika benar engkau mencintai aku kerana Allah, engkau tidak akan bersungut dikala aku meninggalkan
engkau buat sementara kerana Allah.
Jika benar engkau mencintai aku kerana Allah, engkau akan mendengar setiap teguran aku, bukan
kerana aku tapi kerana Allah.
Jika benar engkau mencintai aku kerana Allah, engkau akan menolak permintaan sekiranya berdekatan
dan tiada orang yang ketiga bersama kita.
Jika benar engkau mencintai aku kerana Allah, engkau tidak akan berkata-kata dengan dengan perkataan
yang jelas dimurka Allah.
Jika benar engkau mencintai aku kerana Allah, engkau akan berusaha mencapai redhanya sedikit demi
sedikit bersama aku.
aku tidak sempurna, aku manusia biasa dan aku juga banyak dosa, siapa tak nak isteri kita itu nanti adalah isteri yang solehah, tapi cukuplah sekadar kita saling tegur-menegur setelah kita lari daripada landasan Allah. aku ingin hidup dibawah naungannya bersama engkau, bersama insan yang ku sayang. Aku harap insan itu adalah engkau.
Aku bukan ingin engkau menjadi semulia Khatijah,
Aku juga bukan inginkan setaqwa Aisyah,
Bukan jaga setaqwa Aisyah,
Mahupun setabah Fatimah.
Aku cuma mengharapkan engkau wanita biasa yang punyai cita-cita untuk menjadi solehah dan anggun dimata suami.

Tergerak hati nak post pasal "berdiam diri" ni. Aku boleh juga dikatakan seorang yang suka berdiam diri. Sejak kejadian yang menimpa aku waktu dahulu, perubahan aku sangat ketara. Sifat "merendah diri" aku sangat meninggi. Walaupun begitu aku bukan seorang yang berputus asa apatah lagi seorang berputus rahmat daripada anugerah Allah, Kini aku ingin kembali gagah untuk menempuhi hari-hari mendatang. terus berusaha dan berusaha tanpa ada rasa berputus asa walau dalam keadaan berputus asa sekalipun. Aku teringin menjadikan diri ini sempurna, berusaha untuk melengkapkan segala kurangan diri. Apa yang dikatakan dengan maksud ujian itu, biarlah ia menjadi rahsia diri sendiri tanpa ada orang seorang pun yang mengetahuinya.

Aku boleh juga dikatakan seorang yang sensitif, mudah terasa apabila dimarah/dicaci/dimaki/dihina/ditegur dgn kasar. Oleh kerana aku kurang mempamerkan sikap, Susah untuk orang menduganya. Aku ambil keputusan untuk memendamkan perasaan sahaja.
Aku nak ceritakan pasal "berdiam diri". bukan erti kata "berdiam diri" itu seorang yang senyap memanjang. bila sepatah ditanya, sepatah juga yang kita jawab tetapi berdiam diri/pencilkan diri/jauhkan diri untuk seketika apabila terjadi ujian yang sangat hebat/2 atau 3 ujian dalam satu masa. Apakah akan dirasakan apabila sesuatu masalah menimpa kata ye? marah ke?/sedih?/kecewa?/lukakan diri?/menangis?/pencilkan diri? atau lain-lain lagi.

Kita semua akan merasakan itu semua, ada yang hanya ringan sahaja dan ada yang berat.
begitu juga dengan aku. aku akan merasakan perasaan itu semua.., begitu sedih, rasa nak baring memanjang, kadangkala mengeluarkan air mata dari celahan kelompak mata walau tak sehebat sungai yang mengalir, terasa badan yang amat berat, susah untuk melakukan aktiviti lain, ingin lari dari dunia luar untuk sementara waktu. Apakah perasaan itu jika dipendekkan? tidak lain ialah perasaan ; marah/sedih/kecewa.
Jom kita hayati Lirik Lagu
Hijjaz : Sifat Mahmudah
Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah
Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza
Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata
semoga ia menjadi amalan kita semua
Apabila kita dalam keadaan kecewa/sedih dgn apa yang menimpa kita, ingatlah :
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-0rang yg beriman."
Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

Apabila perasaan marah ada dalam diri kita pula :
perlulah kita atasi dengan cara berikut :
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
Ingatlah Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
-Minum air.
-Mendiamkan diri ketika marah.
-Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
-Berfikiran positif.
-Bawa bertenang seperti menarik nafas.
-senyum walaupun pahit
Saya tak pandai bermadah berhelah. saya tak pandai berpantun berseloka. Kerana saya tiada apa yang nak dikata, kerana ilmu bisa memerkatakan sesuatu. Jika tiada ia seperti kata-kata tanpa isi. Walaupun begitu, saya upload sekadar termampu. (~_^)








Permata Yang Dicari
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akanku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki








Permata Yang Dicari
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akanku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Ni lah tempat aku bersila....dari mula hingga tahap2 seterusnya. Gambar (1) diambil pada 17 Mac 2009. Ketika ini baru sahaja menamatkan latihan parktikal. Pada bulan Jun 2009 adalah tarikh aku memulakan perniagaan dengan berbekalkan sebuah mesin photostat. Pada 27 Disember 2009 perniagaan telah didaftarkan di SSM. Gambar (2) diambil pada 26 Februari 2010 gambar. Daripada memulakan perniagaan sehingga ketika ini hanya membuka 2 daun pintu sahaja. gambar (3) diambil pada 11 Februari 2011, manakala gambar (4) pada 16 Mac 2011 dan gambar (5) pada 10 September 2011.
Aku upload gambar ni bukannya apa... sekurang-kurangnya kita dapat timbas kembali masa memulakan business serta perkembangannya.
Susah juga la nak sampai tahap gambar (5) tu. sekarang ni dah hampir 2 tahun aku jalankan aktiviti nie secara rasminya. Biasala, sumber modal bukannya besar pon. Modal Sendiri serta sedikit daripada 'Mek', abang dan kakak.. biasa la, nk mengharapkan sendiri punya semuanya, tak dapat la 'Coz' baru lepas habis belajar 'time' tu. Memulakan 'business' bermodalkan wang sendiri serta 'Mek' untuk membeli sebuah mesin 'photostat' dengan kos RM3000 serta sedikit peralatan peribadi seperti komputer, scanner, cutter dan juga printer.
dari hasil pekerjaan aku itulah, aku meng'upgrade' sedikit demi sedikit.
Oleh kerana terasa akan mengambil masa yang panjang untuk memajukan business aku ini, aku mengambil keputusan untuk berhutang dengan kakak dan juga abang.. Nak kata sikit tak juga dan nak kata banyak, tak juga.. adalah dalam RM2500 aku pinjam semua skali. (belum membayar kembali sehingga kini.-3/10/2011. :-) )
bukannya apa, waktu tu aku pergi cari barang dalam RM300-RM400 lebih sekali pergi. Jadi besarlah kos perbelanjaan. Minyak kereta dah dalam RM15-Rm20, jadi untung pun sedikit juga la. 'Time' ketika bulan-bulan awal memulakan business, bagi aku, sekiranya ada seorang yang datang ke rumah dalam sehari sudah cukup bagi aku.
Tahun pertama aku memulakan photostat, ramai yang tidak mengetahui yang aku menjalankan kerja-kerja yang sewaktu dengannya, termasuk di kampung sendiri.
Kenapa tidak iklankan sahaja business aku? aku lebih suka orang kenal kita kerana 'keistimewaan kita bukannya kulit sahaja cantik tetapi isinya 'hampeh.' Insya'Allah, sekiranya dirasakan sudah bersedia. aku akan iklankan secara besar-besaran....haha.
waktu tu, pelbagai masalah yang dihadapi termasuk kerosakan barang-barang eketronik seperti komputer, mesin photostat dan juga printer. aduh, sakit kepala aku memikirkannya. sakit kepala aku mula beransur hilang sehinggalah tahun ini (2011).tak kurang juga kata-kata patah semangat yang aku terima daripada orang lain termasuklah orang di rumah sendiri..haaa, mencabar tak? :-).
Sedikit demi sedikit aku tambahkan keperluan lain. kini aku berada dalam keadaan separa selamat kerana baru sahaja memulakan simpanan wang. Sehingga kini aku hanya perkerja tanpa gaji di kedai sendiri. Hanya membeli barang-barang yang benar-benar perlu sahaja.
Jika sekiranya kamu rasa gambar yang aku upload tersebut sudah dikira bagus. aku terima, kerana aku patut bersukur dengan apa yang ada tetapi tuhan boleh mengambil nikmatnya bila-bila masa sahaja. Dan sekiranya kamu rasa bukan macam kedai pun la!!! aku terimanya juga, sebab semua adalah hasil tikit peluh aku sendiri dan aku akan teruskan perjuanganku.
Kenapa aku memulakan business yang entah apa-apa ni? dan tidak mencari kerja dengan sektor awam mahupun swasta sahaja!
Sebabnya tersebut aku jelaskan :
1)Tidak tersangkut dengan mana-mana pihak.(bekerja sendiri)
2)Sekirannya kita membuat kesalahan tanpa sengaja, kita akan menerima akibatnya.(makan gaji)
3)Sekiranya rakan seperjuangan kita dalam kerjaya membuat kesalahan, kita akan menerima tempiasnya juga.(makan gaji)
4)Sekira Mood boss kurang baik, jadi berhati-hatilah.(makan gaji)
5)Tidak suka kepada rakan seangkatan yang perasan macam boss dan suka mengarah-arah sahaja.(makan gaji)
6)Tidak mendapat cuti, walau kita dalam keadaan sakit.(makan gaji)
7)Suka hati kita lah nak ponteng ke tak. :-)(bekerja sendiri)
8)Senang meninggalkan pekerjaan sekiranya terdapat hal-hal lain.(bekerja sendiri)
9)Kebanyakkan yang hidup senang adalah dari kalangan peniaga ataupun usahawan.
10)Sekiranya kata rajin, kita akan mendapat hasil dan sekiranya kita malas, kita tidak mendapat apa-apa.(bekerja sendiri)
11)Sekiranya kita rajin, kita mendapat pujian atau tidak mendapat apa-apa dan sekiranya kita malas, tunggu masa sajalah atau mendapat kutukan.(makan gaji)
12)Senang bersama keluarga@anak-anak kelak (belum lagi) (bekerja sendiri)
Jadi, aku pilih jalan ini untuk meneruskan kehidupan aku.. huhu.

sudah lama tak post di blog. tak tahu nak post apa dah.... haha.
untungnya orang berilmu, semuanya dibenak fikiran aja.
lagi untung orang yang beriman dan berilmu.. setidak-tidaknya ilmunya itu memberi matfaat selepas kematian.
teringat akan riwayat Rasulullah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (riwayat Muslim)
teringat juga kata-kata :
"Barang siapa yang ingin hidup bahagia didunia, cari ilmu didunia. Dan Siapa yang ingin hidup bahagia dialam akhirat, cari ilmu akhirat. Siapa yang ingin bahagia dua-duanya, cari (ilmu) dunia cari (ilmu) akhirat".
Merasakan diri ini letih waktu ini....
urm, perlu fikir semua perkara. waktu ni baru seorang diri, belum lagi insan lain muncul dalam hidup ni. macam mana la waktu kemudian aku pun tak tahu.
nak fikirkan anak bini lagi la!!!. haha, diri sendiri pun tak terurus.
jauhnya aku berfikir...huhu. biarlah waktu ni, aku malas fikir lagi urusan semua tu.
siapa dia@di dimana dia tinggal@macam mana rupanya, aku pun tak tahu.. biarlah ia menjadi tanda tanya. kalau sudah dirasakan bersedia, baru akan mencari....biarlah "indahnya cinta selepas kahwin", sudah melebihi cukup untuk aku.
memilih ke aku nie???? urm, entah la...biarlah dikatakan belum bersedia kerana wang dalam kocek pun kosong lagi. apa tidaknya, wang sentiasa habis besarkan perniagaan yang terkial-kial lagi seperti berada dalam air paras hidung. samaada selamat atau tak...ups silap, paras mulut dah waktu ni. tak berapa selamat lagi tu...haha.
letihnya seperti waktu ni, moganya biarlah untuk sementara sahaja sebab ada pepatah menyatakan
berakit-rakit kehulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
Bersenang-senang bukan maksudnya hidup mewah. makan yang sedap-sedap, tidur yang selesa bukannya bergantung pada empuknya tilam tetapi adalah hati yang tenang.Semoga begitulah perjalanan hidupku. Sebelumnya kita mencari ilmu dunia, bukan apa, untuk meneruskan hidup yang sementara ini.
Bilakah aku akan dipanggil?
Sudahah aku bersedia?
sudah cukupkah amalanku untuk di bawa ke sana?
Selepasnya kita mencari ilmu akhirat, bukan apa, untuk hidup damai di alam yang berkekalan di sana.
Semoga "bersenang-senang kemudian" tidak perlulah lagi memifikirkan hal-hal dunia yang tidak sepatut tetapi biarlah fikir bekalan untuk ke sana.
Mungkin ayat berbelit-belit, biasalah spm hari tu pun tak berapa bagus. : )
urm, perlu fikir semua perkara. waktu ni baru seorang diri, belum lagi insan lain muncul dalam hidup ni. macam mana la waktu kemudian aku pun tak tahu.
nak fikirkan anak bini lagi la!!!. haha, diri sendiri pun tak terurus.
jauhnya aku berfikir...huhu. biarlah waktu ni, aku malas fikir lagi urusan semua tu.
siapa dia@di dimana dia tinggal@macam mana rupanya, aku pun tak tahu.. biarlah ia menjadi tanda tanya. kalau sudah dirasakan bersedia, baru akan mencari....biarlah "indahnya cinta selepas kahwin", sudah melebihi cukup untuk aku.
memilih ke aku nie???? urm, entah la...biarlah dikatakan belum bersedia kerana wang dalam kocek pun kosong lagi. apa tidaknya, wang sentiasa habis besarkan perniagaan yang terkial-kial lagi seperti berada dalam air paras hidung. samaada selamat atau tak...ups silap, paras mulut dah waktu ni. tak berapa selamat lagi tu...haha.
letihnya seperti waktu ni, moganya biarlah untuk sementara sahaja sebab ada pepatah menyatakan
berakit-rakit kehulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
Bersenang-senang bukan maksudnya hidup mewah. makan yang sedap-sedap, tidur yang selesa bukannya bergantung pada empuknya tilam tetapi adalah hati yang tenang.Semoga begitulah perjalanan hidupku. Sebelumnya kita mencari ilmu dunia, bukan apa, untuk meneruskan hidup yang sementara ini.
Bilakah aku akan dipanggil?
Sudahah aku bersedia?
sudah cukupkah amalanku untuk di bawa ke sana?
Selepasnya kita mencari ilmu akhirat, bukan apa, untuk hidup damai di alam yang berkekalan di sana.
Semoga "bersenang-senang kemudian" tidak perlulah lagi memifikirkan hal-hal dunia yang tidak sepatut tetapi biarlah fikir bekalan untuk ke sana.
Mungkin ayat berbelit-belit, biasalah spm hari tu pun tak berapa bagus. : )


(saya bukan seorang perokok)
Sekarang, rokok pun sudah bertukar menjadi elektronik. Kepada yang masih belum tahu tentang rokok ini, jika disuruh untuk mengenal ia adalah benar-benar rokok atau sebaliknya, secara puratanya mengatakan ia adalah rokok palsu kerana ia kelihatan tidak ubah seperti barang perhiasan yang dibuat seperti rokok. Ia sama seperti rokok biasa yang mengeluarkan asap tetapi ia hanyalah asap tiruan. Buat waktu ini, hasil penelitian saya terhadap rokok elektronik ni masih belum diketahui umum.
dikatakan china adalah penemu awal rokok ini dan telah popular pada tahun 2007 dan kini telah memasuki pasaran malaysia.
adakah rokok ini diluluskan? saya juga kurang mengetahuinya.
disebelah kiri tangan saya adalah cartridge@reload. setiap cartrige boleh bertahan sehingga 200 sedutan. dianggarkan 1 cartridge bersamaan 80 batang rokok biasa. jika dibandingkan harga, rokok eletronik jauh lebih murah daripada rokok biasa.
Pelbagai rokok daripada banyak pengeluar yang mereka rokok samaada nampak seperti rokok biasa mahupun berbeza sama sekali dari segi bentuknya.

gambar di atas adalah keratan rentas bagi salah satu rokok elektronik.
rokok ini mempunyai banyak pilihan samaada perasa mahupun memilih tahap kandungan nikotin. pelbagai perasa dibuat samaada Dunhill, Blueberry, Vanilla, Strawberry, Marlboro dan lain-lain lagi. Nikotinnya samaada high/med/low/no. Oleh itu ia adalah satu langkah alternatif untuk sesiapa yang berkeinginan untuk berhenti merokok. boleh dimulai dengan 'high' kandungan nikotin dan hinggalah diakhiri dengan 'no'.
Adakah rokok ini berbahaya untuk kesihatan?
di sini tertulis no air pollution dan no C02. Asap yang terhasil adalah asap tiruan/wap. Dikatakan juga rokok eletronik tidak mengandungi 4000 bahan kimia yang ada pada rokok biasa. Hasil daripada penelitian saya kepada perokok, menyatakan ia tidak ubah seperti shisha. secara ringkasnya ia tidak berbahaya untuk kesihatan. Tetapi ada juga pendapat yang menyatakan rokok ini menebabkan kanser dan lebih bahaya daripa rokok biasa dan ia masih diperdebatkan.
Jika saya tersalah info, sila beri komen :-)





