"Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)

Aku dan Kerjaya

Bukan mudah ingin mencapai kejayaan. Kejayaan tidak datang serta-merta tanpa usaha(bersungguh-sungguh). Ramai ingin mengambil jalan singkat dan ramai tak ingin mengambil risiko. Aku pun tidak terkecuali. Ada juga aku mencuba skim-skim dikatakan cepat kaya, tetapi semuanya 'hampeh'. Jadi semua tu boleh dijadikan pengalaman agar tidak terjebak lagi dengan situasi tersebut.

              sudah hampir 4 tahun aku mengusahakan perniagaan. Dalam tempoh waktu itu, aku tidak pernah menyimpan sebaliknya wang itulah aku gunakan untuk memperbesarkan modal, daripada '0' sehinggalah boleh dikatakan ok. Daripada permulaan pelbagai masalah yang perlu dihadapi, seperti mesin-mesin yang rosak, Menerima kata-kata pematah semangat, kerja yang banyak sampai tidak tidur semalaman, melayan dengan kelam-kabut bila pelanggan-pelangan datang serentak, semua itu perlu aku hadapi seorang diri, kekadang terasa berputus asa tetapi aku teruskan juga.

            Pakar cakap kalau sudah 3 tahun membuka perniagaan tetapi masih agak sama dan tidak berkembang (tiada cawangan lain lagi dibuka) dikatakan perniagaan/perusahaan yang kita usaha itu mempunyai masalah, jadi aku mengambil cabaran/keputusan untuk membuka cawangan di tempat lain walaupun serba kekurangan dan tanpa modal yang besar. Mudah-mudahan ia berjalan lancar (tidak gulung tikar). Aku hanya dapat berdoa dan tawakkal setelah aku berusaha, mudah-mudahan dipermudahkan urusan.

           Aku ingin pesan kepada sesiapa yang ingin menjadi usahawan, ambillah peluang ketika usia muda lagi. Apa yang perlu kita ingat, kita bukannya lama hidup di dunia ini. Jadi, usia muda itulah peluang kita mencari bekal untuk hari tua dan biarlah hari tua kita nanti diisi dengan kerohanian kepada Tuhan bukannya masih sibuk dengan hal-hal dunia.

0 comments:

Post a Comment