"Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)

Karangan tentang aku - 19 sept. 2011

Merasakan diri ini letih waktu ini....
urm, perlu fikir semua perkara. waktu ni baru seorang diri, belum lagi insan lain muncul dalam hidup ni. macam mana la waktu kemudian aku pun tak tahu.
nak fikirkan anak bini lagi la!!!. haha, diri sendiri pun tak terurus.
jauhnya aku berfikir...huhu. biarlah waktu ni, aku malas fikir lagi urusan semua tu.
siapa dia@di dimana dia tinggal@macam mana rupanya, aku pun tak tahu.. biarlah ia menjadi tanda tanya. kalau sudah dirasakan bersedia, baru akan mencari....biarlah "indahnya cinta selepas kahwin", sudah melebihi cukup untuk aku.
memilih ke aku nie???? urm, entah la...biarlah dikatakan belum bersedia kerana wang dalam kocek pun kosong lagi. apa tidaknya, wang sentiasa habis besarkan perniagaan yang terkial-kial lagi seperti berada dalam air paras hidung. samaada selamat atau tak...ups silap, paras mulut dah waktu ni. tak berapa selamat lagi tu...haha.
letihnya seperti waktu ni, moganya biarlah untuk sementara sahaja sebab ada pepatah menyatakan

berakit-rakit kehulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.

Bersenang-senang bukan maksudnya hidup mewah. makan yang sedap-sedap, tidur yang selesa bukannya bergantung pada empuknya tilam tetapi adalah hati yang tenang.Semoga begitulah perjalanan hidupku. Sebelumnya kita mencari ilmu dunia, bukan apa, untuk meneruskan hidup yang sementara ini.

Bilakah aku akan dipanggil?
Sudahah aku bersedia?
sudah cukupkah amalanku untuk di bawa ke sana?

Selepasnya kita mencari ilmu akhirat, bukan apa, untuk hidup damai di alam yang berkekalan di sana.
Semoga "bersenang-senang kemudian" tidak perlulah lagi memifikirkan hal-hal dunia yang tidak sepatut tetapi biarlah fikir bekalan untuk ke sana.

Mungkin ayat berbelit-belit, biasalah spm hari tu pun tak berapa bagus. : )

0 comments:

Post a Comment