"Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)

Diamkan diri dan Ujian






Tergerak hati nak post pasal "berdiam diri" ni. Aku boleh juga dikatakan seorang yang suka berdiam diri. Sejak kejadian yang menimpa aku waktu dahulu, perubahan aku sangat ketara. Sifat "merendah diri" aku sangat meninggi. Walaupun begitu aku bukan seorang yang berputus asa apatah lagi seorang berputus rahmat daripada anugerah Allah, Kini aku ingin kembali gagah untuk menempuhi hari-hari mendatang. terus berusaha dan berusaha tanpa ada rasa berputus asa walau dalam keadaan berputus asa sekalipun. Aku teringin menjadikan diri ini sempurna, berusaha untuk melengkapkan segala kurangan diri. Apa yang dikatakan dengan maksud ujian itu, biarlah ia menjadi rahsia diri sendiri tanpa ada orang seorang pun yang mengetahuinya.



Aku boleh juga dikatakan seorang yang sensitif, mudah terasa apabila dimarah/dicaci/dimaki/dihina/ditegur dgn kasar. Oleh kerana aku kurang mempamerkan sikap, Susah untuk orang menduganya. Aku ambil keputusan untuk memendamkan perasaan sahaja.

Aku nak ceritakan pasal "berdiam diri". bukan erti kata "berdiam diri" itu seorang yang senyap memanjang. bila sepatah ditanya, sepatah juga yang kita jawab tetapi berdiam diri/pencilkan diri/jauhkan diri untuk seketika apabila terjadi ujian yang sangat hebat/2 atau 3 ujian dalam satu masa. Apakah akan dirasakan apabila sesuatu masalah menimpa kata ye? marah ke?/sedih?/kecewa?/lukakan diri?/menangis?/pencilkan diri? atau lain-lain lagi.



Kita semua akan merasakan itu semua, ada yang hanya ringan sahaja dan ada yang berat.
begitu juga dengan aku. aku akan merasakan perasaan itu semua.., begitu sedih, rasa nak baring memanjang, kadangkala mengeluarkan air mata dari celahan kelompak mata walau tak sehebat sungai yang mengalir, terasa badan yang amat berat, susah untuk melakukan aktiviti lain, ingin lari dari dunia luar untuk sementara waktu. Apakah perasaan itu jika dipendekkan? tidak lain ialah perasaan ; marah/sedih/kecewa.

Jom kita hayati Lirik Lagu

Hijjaz : Sifat Mahmudah

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

semoga ia menjadi amalan kita semua

Apabila kita dalam keadaan kecewa/sedih dgn apa yang menimpa kita, ingatlah :

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-0rang yg beriman."
Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129




Apabila perasaan marah ada dalam diri kita pula :
perlulah kita atasi dengan cara berikut :

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

Ingatlah Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

-Minum air.
-Mendiamkan diri ketika marah.
-Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
-Berfikiran positif.
-Bawa bertenang seperti menarik nafas.
-senyum walaupun pahit

0 comments:

Post a Comment