Aku Mencintai Engkau Kerana Allah!!!
Engkau tidak tahu pun, kenapa aku cakap begitu, adakah engkau seorang yang kuat berpegang pada ajaran agama? engkau boleh menilainya sendiri.
Sudah semestinya apabila kita berkata "aku mencintai engkau kerana Allah", sudah terdetik dalam hati kita yang si dia adalah seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna, tidak membenarkan sesiapa pun yang bukan mahram melihat aurat si dia, si dia mempunyai pengetahuan ilmu agama yang tinggi, dia adalah ahli ibadat, pengamal bacaan Al-Quran dan kaya dengan akhlak.
Sedarlah wahai mawar yang kucintai, cintailah aku kerana kerana Allah kerana aku mencintaimu kerana Allah.
Semoga engkau menjadi sekuntum mawar...mawar yang berduri, walau kecantikanmu terserlah...biarkan hanya insan yang selayaknya dan halal bagimu untuk memegangmu,
Aku bukanlah insan sempurna untuk menjadikan engkau sempurna. Siapalah aku!, hanya lelaki biasa yang mempunyai ciri-ciri yang tidak sempurna tetapi berusaha menjadikan kehidupan yang sempurna dibawah naungan Allah.
Sedarlah wahai mawar yang kucintai. Benarkanlah aku dihatimu hanyalah sebagai insan untuk membimbingmu agar engkau tidak hanyut dengan keindahan dunia semata-mata yang tidak berpaksikan nilai-nilai agama.
Dengarkanlah kata-kataku, lekatkanlah teguran ku supaya iklas dihatimu. Walau sudah berkali-kali aku mengatakan hal yang sama agar engkau iklas menerima aku kerana Allah. Sekiranya apa yang diperkatakan aku hanyalah sekadar lakaran pensil yang bila-bila masa boleh dipadamkan. Sesungguhnya aku akan lepaskanmu sebagaimana yang engkau kehendaki.
Sesungguhnya takdir itu dalam pengetahuan Allah, kita hanyalah merancang dan sekiranya takdir itu adalah engkau, aku harap engkau mempunyai ciri-ciri wanita solehah.
Sesungguhnya aku mencintai engkau kerana Allah. Sekiranya aku gagal membimbing engkau waktu ini, sesungguhnya aku takut untuk gagal membimbingmu pada masa kelak dan aku takut dengan gelaran 'dayus'. Wahai si mawar, cintailah aku kerana Allah kerana sesungguhnya Aku Mencintai Engkau Kerana Allah dan sekiranya hilangnya cintamu kepadaku kerana Allah, maka hilanglah cintaku padamu kerana Allah
0 comments:
Post a Comment