"Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)

Rokok Elektronik


(saya bukan seorang perokok)

Sekarang, rokok pun sudah bertukar menjadi elektronik. Kepada yang masih belum tahu tentang rokok ini, jika disuruh untuk mengenal ia adalah benar-benar rokok atau sebaliknya, secara puratanya mengatakan ia adalah rokok palsu kerana ia kelihatan tidak ubah seperti barang perhiasan yang dibuat seperti rokok. Ia sama seperti rokok biasa yang mengeluarkan asap tetapi ia
hanyalah asap tiruan. Buat waktu ini, hasil penelitian saya terhadap rokok elektronik ni masih belum diketahui umum.

dikatakan china adalah penemu awal rokok ini dan telah popular pada tahun 2007 dan kini telah memasuki pasaran malaysia.

adakah rokok ini diluluskan? saya juga kurang mengetahuinya.
disebelah kiri tangan saya adalah cartridge@reload.
setiap cartrige boleh bertahan sehingga 200 sedutan. dianggarkan 1 cartridge bersamaan 80 batang rokok biasa. jika dibandingkan harga, rokok eletronik jauh lebih murah daripada rokok biasa.

Pelbagai rokok daripada banyak pengeluar yang mereka rokok samaada nampak seperti rokok biasa mahupun berbeza sama sekali dari segi bentuknya.



gambar di atas adalah keratan rentas bagi salah satu rokok elektronik.

rokok ini mempunyai banyak pilihan samaada perasa mahupun memilih tahap kandungan nikotin. pelbagai perasa dibuat samaada Dunhill, Blueberry, Vanilla, Strawberry, Marlboro dan lain-lain lagi. Nikotinnya samaada high/med/low/no. Oleh itu ia adalah satu langkah alternatif untuk sesiapa yang berkeinginan untuk berhenti merokok. boleh dimulai dengan 'high' kandungan nikotin dan hinggalah diakhiri dengan 'no'.

Adakah rokok ini berbahaya untuk kesihatan?
di sini tertulis no air pollution dan no C02. Asap yang terhasil adalah asap tiruan/wap. Dikatakan juga rokok eletronik tidak mengandungi 4000 bahan kimia yang ada pada rokok biasa. Hasil daripada penelitian saya kepada perokok, menyatakan ia tidak ubah seperti shisha. secara ringkasnya ia tidak berbahaya untuk kesihatan. Tetapi ada juga pendapat yang menyatakan rokok ini menebabkan kanser dan lebih bahaya daripa rokok biasa dan ia masih diperdebatkan.
Jika saya tersalah info, sila beri komen :-)

0 comments:

Post a Comment