"Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)

'Upgrade' Tempat BersilaKu






Ni lah tempat aku bersila....dari mula hingga tahap2 seterusnya. Gambar (1) diambil pada 17 Mac 2009. Ketika ini baru sahaja menamatkan latihan parktikal. Pada bulan Jun 2009 adalah tarikh aku memulakan perniagaan dengan berbekalkan sebuah mesin photostat. Pada 27 Disember 2009 perniagaan telah didaftarkan di SSM. Gambar (2) diambil pada 26 Februari 2010 gambar. Daripada memulakan perniagaan sehingga ketika ini hanya membuka 2 daun pintu sahaja. gambar (3) diambil pada 11 Februari 2011, manakala gambar (4) pada 16 Mac 2011 dan gambar (5) pada 10 September 2011.

Aku upload gambar ni bukannya apa... sekurang-kurangnya kita dapat timbas kembali masa memulakan business serta perkembangannya.
Susah juga la nak sampai tahap gambar (5) tu. sekarang ni dah hampir 2 tahun aku jalankan aktiviti nie secara rasminya. Biasala, sumber modal bukannya besar pon. Modal Sendiri serta sedikit daripada 'Mek', abang dan kakak.. biasa la, nk mengharapkan sendiri punya semuanya, tak dapat la 'Coz' baru lepas habis belajar 'time' tu. Memulakan 'business' bermodalkan wang sendiri serta 'Mek' untuk membeli sebuah mesin 'photostat' dengan kos RM3000 serta sedikit peralatan peribadi seperti komputer, scanner, cutter dan juga printer.
dari hasil pekerjaan aku itulah, aku meng'upgrade' sedikit demi sedikit.

Oleh kerana terasa akan mengambil masa yang panjang untuk memajukan business aku ini, aku mengambil keputusan untuk berhutang dengan kakak dan juga abang.. Nak kata sikit tak juga dan nak kata banyak, tak juga.. adalah dalam RM2500 aku pinjam semua skali. (belum membayar kembali sehingga kini.-3/10/2011. :-) )
bukannya apa, waktu tu aku pergi cari barang dalam RM300-RM400 lebih sekali pergi. Jadi besarlah kos perbelanjaan. Minyak kereta dah dalam RM15-Rm20, jadi untung pun sedikit juga la. 'Time' ketika bulan-bulan awal memulakan business, bagi aku, sekiranya ada seorang yang datang ke rumah dalam sehari sudah cukup bagi aku.
Tahun pertama aku memulakan photostat, ramai yang tidak mengetahui yang aku menjalankan kerja-kerja yang sewaktu dengannya, termasuk di kampung sendiri.
Kenapa tidak iklankan sahaja business aku? aku lebih suka orang kenal kita kerana 'keistimewaan kita bukannya kulit sahaja cantik tetapi isinya 'hampeh.' Insya'Allah, sekiranya dirasakan sudah bersedia. aku akan iklankan secara besar-besaran....haha.

waktu tu, pelbagai masalah yang dihadapi termasuk kerosakan barang-barang eketronik seperti komputer, mesin photostat dan juga printer. aduh, sakit kepala aku memikirkannya. sakit kepala aku mula beransur hilang sehinggalah tahun ini (2011).tak kurang juga kata-kata patah semangat yang aku terima daripada orang lain termasuklah orang di rumah sendiri..haaa, mencabar tak? :-).
Sedikit demi sedikit aku tambahkan keperluan lain. kini aku berada dalam keadaan separa selamat kerana baru sahaja memulakan simpanan wang. Sehingga kini aku hanya perkerja tanpa gaji di kedai sendiri. Hanya membeli barang-barang yang benar-benar perlu sahaja.

Jika sekiranya kamu rasa gambar yang aku upload tersebut sudah dikira bagus. aku terima, kerana aku patut bersukur dengan apa yang ada tetapi tuhan boleh mengambil nikmatnya bila-bila masa sahaja. Dan sekiranya kamu rasa bukan macam kedai pun la!!! aku terimanya juga, sebab semua adalah hasil tikit peluh aku sendiri dan aku akan teruskan perjuanganku.

Kenapa aku memulakan business yang entah apa-apa ni? dan tidak mencari kerja dengan sektor awam mahupun swasta sahaja!
Sebabnya tersebut aku jelaskan :
1)Tidak tersangkut dengan mana-mana pihak.(bekerja sendiri)
2)Sekirannya kita membuat kesalahan tanpa sengaja, kita akan menerima akibatnya.(makan gaji)
3)Sekiranya rakan seperjuangan kita dalam kerjaya membuat kesalahan, kita akan menerima tempiasnya juga.(makan gaji)
4)Sekira Mood boss kurang baik, jadi berhati-hatilah.(makan gaji)
5)Tidak suka kepada rakan seangkatan yang perasan macam boss dan suka mengarah-arah sahaja.(makan gaji)
6)Tidak mendapat cuti, walau kita dalam keadaan sakit.(makan gaji)
7)Suka hati kita lah nak ponteng ke tak. :-)(bekerja sendiri)
8)Senang meninggalkan pekerjaan sekiranya terdapat hal-hal lain.(bekerja sendiri)
9)Kebanyakkan yang hidup senang adalah dari kalangan peniaga ataupun usahawan.
10)Sekiranya kata rajin, kita akan mendapat hasil dan sekiranya kita malas, kita tidak mendapat apa-apa.(bekerja sendiri)
11)Sekiranya kita rajin, kita mendapat pujian atau tidak mendapat apa-apa dan sekiranya kita malas, tunggu masa sajalah atau mendapat kutukan.(makan gaji)
12)Senang bersama keluarga@anak-anak kelak (belum lagi) (bekerja sendiri)

Jadi, aku pilih jalan ini untuk meneruskan kehidupan aku.. huhu.

0 comments:

Post a Comment