Aku belajar apakah itu hati dan perasaan iaitu perasaan sakit('hati), gembira, kasih sayang, sedih, marah... semua itu ada di hati bukannya difikiran(akal). Terima kasih kepada yang menyebabkan aku seperti ini, kerana jika kerana seseorang itu aku tidak pernah mengenal apa itu hati dan perasaan. Kita tidak akan tahu sakitnya hati orang, macammana rasa sakitnya hati orang kecuali kita sendiri merasainya.
“Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan
menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu
dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau
kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka
sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan
janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan
yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh
kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya,
sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (QS. Al-Israa: 23-24)
Ketika sekolah lagi ustaz/cikgu telah mengajar kita, supaya jangan berkata ah kepada orang tua kita apabila mereka menyuruh sesuatu. Tidak bermakna tidak menyebut ah, kita telah terlepas daripada apa yang diperintah oleh Allah. Ada ayat sambungan daripada itu. "dan
janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan
yang mulia."
Diam bukan jalan penyelesaian atau terlepas daripada apa yang diperintahkan dan bukannya jalan yang terbaik. Diam mempunyai kebaikan dan boleh bertukar kepada keburukan. Diam itu mempunyai hikmah dalam islam (boleh lihat 'hikmah diamkan diri). Diam dalam situasi ini bermakna 'tidak membantah' dan boleh juga 'tidak menghiraukan,' jadi kita boleh menilai sendiri kita dalam situasi yang mana. Bagaimanakah apabila kita menyatakan sesuati kepada seseorang tetapi tindak balasnya hanya mendiamkan diri (tidak menghiraukan).. pasti akan hati kita akan terguris bukan!!!
Begitu jugalah apabila seseorang itu mengatakan sesuatu perkara kepada kita, sebaiknya/seeloknya kita memberi penjelasan terlebih dahulu, barulah hanya mendiamkan diri (jika kita dipihak yang benar) lebih-lebih lagi jika bercakap kepada orang yang lebih tua, apatah lagi terhadap ibu bapa kita. Kita perlu ingat, dalam ayat tersebut menyatakan "...ucapkanlah kepada mereka perkataan
yang mulia."
0 comments:
Post a Comment