"Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)

Seorang Pembantu diperlukan

ingin mencari seorang pembantu di :

Rahim Photogirf & Stationery
No. 6, Kampung Lubok Setol,
17200 Rantau Panjang,
Kelantan

ciri-ciri yang dingini adalah seperti :

a) Lepasan SPM
b) Mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang komputer
c) Ringan tulang(bekerja tanpa disuruh)
d) Amanah & Jujur
*Tempoh Percubaan bekerja-seminggu
*Pelbagai kerja akan diberikan spt ; printing, fotostat, laminating, binding, edit gambar, casher, merekod, menyusun & mengemakkini, dll.

*masa bekerja 7/8 jam(penuh)
*gaji standart di kelantan.(akan dipertimbangkan mengikut cara bekerja/membantu memajukan perniagaan)
*cuti akan diberikan sekali seminggu dan cuti-cuti lain

Jika beminat atau mendapatkan maklumat lanjut. sila hantarkan mesej ke facebook saya.

Serangga Daun




Tahukah anda bahawa gambar di atas adalah serangga, bukannya daun. Bentuknya seakan-akan seperti daun. Indahnya ciptaan tuhan tiada tandingannya. Kalau Allah Tu kata Qun Faya Qun.maka jadilah ianya.
Dikhabarkan ada juga bahawa yang asalnya hanyalah daun yang kering dan bertukar menjadi serangga ranting. biasanya ia terjadi daripada daun gajus/ketereh. buat masa sekarang saya juga tak pernah lihat serangga sedemikian tetapi hanya pada waktu kecil-kecil dahulu membuatkan ingat-ingat lupa. baru-baru ini ada terlihat oleh kakak sendiri di dalam kebun getah serangga ranting tersebut, tetapi tak dapat mengambil gambar haiwan tersebut kerana sudah hilang bila dilihat buat kali kedua.

kemalangan bas di hadapan rumah











Lubok Setol, Rantau Panjang (30 May 2011)-Kemalangan bas di depan rumah sendiri. kejadian rempuhan berlaku sekitar pukul 5.08 am dengan sarat penumpang dari kedah ke USM Kubang Kerian Melalui Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang untuk menghadiri seminar/program Pemandu bas mengatakan bahawa kemalangan itu disebabkan oleh tiada garisan putih di pertengahan jalan, kerana jalan baru sahaja diturap Ini menyukarkan penglihatan malam. Ada juga pendapat yang mengatakan adalah salah pemandu itu sendiri iaitu samaada memandu terlalu laju atau memandu dalam keadaan mengantuk.
Alhamdulillah, Semua penumpang serta pemandu bas tidak mengalami kecederaan, tetapi terdapat seorang/dua mengalami seliuh. Ini disebabkan diselamatkan oleh timbunan pasir serta batu, ini mengurangkan hentaman di kepala bas. Jika bas tersebut ditakdirkan terbalik, akan menyebabkan berlakunya kecederaan, mungkin menyebabkan kematian disebabkan terdapat pacakan besi bangunan rumah yang masih dalam pembinaan. kerja-kerja penarikan keluar bas selesai sekitar pukul 12.07 tengah hari. Syukur kepada Allah kerana terselamat daripada kemalangan yang teruk.

keychain kosong, apa yang perlu aku lakukan?

Di atas adalah gambar keychain kosong.
Apa yang perlu saya lakukan terhadap keychain kosong tersebut?
Apakah alatan untuk melukis/menulis serta cara-cara membuat?
Jika anda mempunyai sebarang komen/pandangan/tunjuk ajar, sila tulis pada "comments" post ini. Segala lemparan anda amat saya hargai.

Lagu Best (bagi aku)


Lirik : Harga Diriku

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku.....

~~~Music Running Solo~~~

Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini...

Di dirimu aku menemukan...

______________________________
lagu yang acap kali aku layan. memang sedap lagu dia. entah bila bila la dapat hasilkan lagu, dan dapat hasilkan lagu tu yang best-best pula. memang ada seni mencipta lagu la diorang ni.

Alhamdulillah....Syukur

Alhamdulillah, sejak membuka perniagaan pada 1 JANUARI 2010 secara rasminya (sambilan & kecilan), banyak kritikan membina diterima. walaupun kritikan itu harus dibaiki tetapi tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu dan faktor kewangan (sumber modal sendiri dan keluarga sebanyak lebih kurang RM 5,000). Insya'Allah, walaupun tidak dapat dilaksanaka pada masa terdekat ini tetapi akan dilaksanakan kelak kerana melibatkan kewangan yang besar. Setakat ini (APRIL 2011) , tidak sampai separuh lagi perkhidmatan ditawarkan/dilaksanakan.

Saya sarankan kepada golongan ibu bapa yang mempunyai lebihan kewangan, bantulah anak-anak yang mempunyai potensi/minat dalam bidang perniagaan. Jika tidak dapat membantu dari segi kewangan, bantulah dengan kata-kata semangat/sokongan. percayalah kerana ia dapat membantu sedikit sebanyak, bukannya cemuhan/kritikan negatif kerana itu dapat mematahkan semangat si anak jika tidak kuat sehingga menyebabkan sesuatu perniagaan menjadi gagal dan tidak berjaya.

Kita boleh berjaya dengan kewangan yang kecil tetapi mengambil masa yang lama untuk berjaya. "kita bukan hidup untuk bekerja tetapi kita bekerja untuk meneruskan hidup".Ingatlah, hidup kita hanya sekejap tidak seperti orang-orang terdahulu yang dipanjangkan umurnya. Jadi, sisa-sisa kehidupan sepatutnya diisikan dengan amal ibadat, bukannya masih lagi sibuk dengan hal-hal dunia.

Bagi si anak, lakukanlah bersungguh-sungguh jika mendapat bantuan daripada ibu bapa.

Meletihkan jika dikenangkan


Meletihkan jika dikenangkan...perlu buat kad nama dalam masa singkat sahaja. Masa pula perlu dikorbankan, (bangun di tengah malam hanya untuk menyiapkan tempahan kad). hanya menggunakan paper cutter untuk mengerat kertas, jadi masa yang diambil terlalu lambat. sepatutnya menggunakan "business card cutter" ke orang panggil, haha.. aku pun kurang tahu apa namanya. ia adalah pengerat kertas secara automatik..
Jika anda mempunyai sumber kewangan yang kukuh, peluang pendapatan terbuka luas.

saya hanya menggunakan seperti berikut untuk membuat name card/kad nama :
  • microsoft office powerpoint 2007 (design)
  • microsoft office publisher 2007 (create card)
  • inkjet photo printer-canon ip4760
  • paper cutter
  • laminator


Luahan....


macam mana liku-liku kehidupan aku ini pun, aku tak tahu..ya Allah bantulah hambamu ini ya Allah..
senangkanlah kehidupan aku supaya tidak memikirkan hal-hal yang tidak sepatutnya aku fikir.
apakah kejayaan aku ini terletak ditanganku sendiri?
jika dikatakan tidak berusaha, sudah pun diusahakan. mungkin sikap-sikap tertentu terpaksa dihapus kot @ mungkin memerlukan masa panjang tanpa berputus asa..

macam mana erk nak create blog ni, xpandai lah?