"Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)

kemalangan bas di hadapan rumah











Lubok Setol, Rantau Panjang (30 May 2011)-Kemalangan bas di depan rumah sendiri. kejadian rempuhan berlaku sekitar pukul 5.08 am dengan sarat penumpang dari kedah ke USM Kubang Kerian Melalui Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang untuk menghadiri seminar/program Pemandu bas mengatakan bahawa kemalangan itu disebabkan oleh tiada garisan putih di pertengahan jalan, kerana jalan baru sahaja diturap Ini menyukarkan penglihatan malam. Ada juga pendapat yang mengatakan adalah salah pemandu itu sendiri iaitu samaada memandu terlalu laju atau memandu dalam keadaan mengantuk.
Alhamdulillah, Semua penumpang serta pemandu bas tidak mengalami kecederaan, tetapi terdapat seorang/dua mengalami seliuh. Ini disebabkan diselamatkan oleh timbunan pasir serta batu, ini mengurangkan hentaman di kepala bas. Jika bas tersebut ditakdirkan terbalik, akan menyebabkan berlakunya kecederaan, mungkin menyebabkan kematian disebabkan terdapat pacakan besi bangunan rumah yang masih dalam pembinaan. kerja-kerja penarikan keluar bas selesai sekitar pukul 12.07 tengah hari. Syukur kepada Allah kerana terselamat daripada kemalangan yang teruk.

0 comments:

Post a Comment