Alhamdulillah, sejak membuka perniagaan pada 1 JANUARI 2010 secara rasminya (sambilan & kecilan), banyak kritikan membina diterima. walaupun kritikan itu harus dibaiki tetapi tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu dan faktor kewangan (sumber modal sendiri dan keluarga sebanyak lebih kurang RM 5,000). Insya'Allah, walaupun tidak dapat dilaksanaka pada masa terdekat ini tetapi akan dilaksanakan kelak kerana melibatkan kewangan yang besar. Setakat ini (APRIL 2011) , tidak sampai separuh lagi perkhidmatan ditawarkan/dilaksanakan.
Saya sarankan kepada golongan ibu bapa yang mempunyai lebihan kewangan, bantulah anak-anak yang mempunyai potensi/minat dalam bidang perniagaan. Jika tidak dapat membantu dari segi kewangan, bantulah dengan kata-kata semangat/sokongan. percayalah kerana ia dapat membantu sedikit sebanyak, bukannya cemuhan/kritikan negatif kerana itu dapat mematahkan semangat si anak jika tidak kuat sehingga menyebabkan sesuatu perniagaan menjadi gagal dan tidak berjaya.
Kita boleh berjaya dengan kewangan yang kecil tetapi mengambil masa yang lama untuk berjaya. "kita bukan hidup untuk bekerja tetapi kita bekerja untuk meneruskan hidup".Ingatlah, hidup kita hanya sekejap tidak seperti orang-orang terdahulu yang dipanjangkan umurnya. Jadi, sisa-sisa kehidupan sepatutnya diisikan dengan amal ibadat, bukannya masih lagi sibuk dengan hal-hal dunia.
Bagi si anak, lakukanlah bersungguh-sungguh jika mendapat bantuan daripada ibu bapa.
0 comments:
Post a Comment